Thursday 7 February 2013

Kaya dalam kemiskinan, bermasyarakat.


Kaya dalam kemiskinan, bermasyarakat.

Aku, aku tak miskin
tidak juga berada
tidak perlukan kekayaan
... untuk bermegah-megahan
cuma yang aku damba dan perlukan
kekayaan di dalam budi bahasa,

yang aku perlukan juga
sifat berkasih sayang
mengasihi dan mengasihani
kehidupan si miskin
makhluk sesama insan
juga hamba Tuhan,

membantu meringankan kehidupan mereka
yang boleh diibaratkan
kais pagi makannya di tengah hari
kais petang makan pula di waktu malam
hidupnya sentiasa bergelendangan
berselimutkan permaidani alam,

mengharapkan bantuan dan ikhsan
dari mereka yang berada
kaya, berlebihan wang
namun hakikatnya kikir dan fakir
tidak mahu membantu
meringankan hidup si miskin,

mereka hanya pandai memandang
di dalam keluhan yang amat panjang
mengeluh di dalam keresahan
memandang jijik kemiskinan
mencerca hidup si miskin
yang bergelandangan mencatur kehidupan.

Itulah kehidupan
yang tidak aku inginkan
kaya dalam kemegahan
miskin dalam kemasyarakatan
biarlah, aku kaya di dalam kemiskinan
dan kaya dalam hidup bermasyarakat.

ss/spl/pm ... 06/02/2013.