Monday 11 February 2013

di sudut itu

di sudut itu

di sudut itu dia membeku
bernyawa namun tak berjiwa
nafas dihela perlahan
tak mahu mengganggu khalayak yang ada
tiada lagi goresan tinta darinya
tiada lagi berbalas komen darinya
segalanya dipandang sepi

sepatah kata itu
terus mematahkan semangatnya
pekerti baiknya dipandang serong
buruk pula dikata orang
sabar apa lagi yang dia mampu
hanya mematikan diri
melihat namun tiada senyum

---->..ibnuamar..