Tuesday 12 February 2013

Bila kadang-kadang

Bila kadang-kadang

Kadang-kadang aku ingin
khabarkan pada dia
bahawa aku sangat merindui dia
ingin sekali melihat dia
merenung wajahku
dan khabarkan pada aku
bahawa dia juga sangat merinduiku

Kadang-kadang aku ingin
ucapkan bahawa aku
sangat mencintai dia
dan sesekali aku juga ingin
mendengar bisikan sayang dari dia

namun bagai menanti
buah yang tidak mungkin gugur
tidak mungkin akan berlaku
malah keinginanku ini disalah ertikan
begitu pun kebencian
tidak pernah ujud di hati ini
kerna kasih sayang
telah memenuhi segenap ruang
di lubuk hati dan segenap raga
hingga tiada tempat
kebencian menapak

Hanya bila kadang-kadang
rindu membias
aku tidak mampu tersenyum lagi

Cahaya laila
12 Feb 2013
8.21 am