Wednesday 13 February 2013

BAHAGIAMU BUKAN BERSAMAKU


BAHAGIAMU BUKAN BERSAMAKU

Kulepaskan airmata ini
bersama sendu yang panjang
agar tiap titisannya
... akan dapat membasuh
sebuah kelukaan yang engkau tinggalkan
tika cintaku hanyut
dalam kata-kata rindu
yang sering engkau ucapkan
diwaktu cinta kita
menjulang megah di persada asmara

Dengan sendu yang tertahan
dan dalam izin keterpaksaan
kurelakan perpisahan ini
untuk engkau mencari kebahagiaanmu
kerana katamu
bahagiamu sudah tidak engkau temui lagi
di dalam diriku

Cahaya laila
12 Feb 2013
8.36pm