Thursday, 22 December 2011

****SUARA HATI****

Suara angin terus membisikkan padaku
tentang keindahan mimpi
tentang kesucian nada
dan tentang kematangan hati
padahal aku tak mengerti itu semua
kerana
aku bukannya dia
yang pandai berkata-kata
aku cuma seorang insan yang serba
kekurangan, lihatlah....
apa yang aku tinggalkan
kepada kamu semua
cuma batu nisan yang tercacak
tanpa suara
dan bawah tanah yang belum pasti
mahu kau hidu baunya
aku cuma punya minda yang kecil
tangan yang tidak pernah menghasilkan
"masterpiece"
tak juga karya-karya kecil
yang tidak pernah
menjulang namaku tinggi di awan biru
aku bukannya berputus asa
cuma....
aku adalah aku
dan itulah realiti....

Bohor Temak.....