Friday 23 December 2011

♥ SIAPAKAH AKU?♥

Siapa aku?

Aku bukannya sesiapa
hanyalah insan yang selalu terleka
hanyut dibuai arus perdana
mencari kepuasan dalam berkarya

Siapa aku?

Aku bukannya sesiapa
hanya penumpang kota besar yang ternama
untuk menggilap bakat yang aku ada
menjadi penulis dan pencerita
berkarya hanyalah untuk kepuasan aku sahaja

Siapa aku?

Aku bukannya sesiapa
hanyalah insan yang bercita-cita
mahu menjadi seorang pujangga
yang bercerita tentang pengalaman tersedia
kunukilkan menjadi sebuah karya untuk dibaca

Siapakah aku?

Ya!
Aku bukannya sesiapa!.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
08-12-2011 jam 10.30am.