Thursday 22 December 2011

Kerana Siapa

kerana siapa
tika kau berlarian di bening senja
tika kau berkejaran di ufuk jingga
berdenyut nadi masa menemani mu
lalu kau menabur seribu benih janji

kerana siapa
kau tanam benih kasih di muara
kau benam kasih di lembah rasa
tak tertunas cinta melakar
walau sekumit dari seribu

tak ku rasai madu kasih
di pokok janji mu
tiada tunas sakti
tiada indah subur
ku temu
di tangkai kasihmu

kerana siapa
sanggup kau menyiat luka
tercela rasa pada janji mu
sanggup kau menikam luka
di tasik cinta kau berdusta
kau tinggalkan kekasihmu
berduka di belantara rasa

siapa kah dia...
dapat kau rasa kasih
dingin musim berlalu
kasih menangkap kabus
terdampar nista mu
meluru menusuk pilu
bertakhta diri mu keliru
di celah rindu
kerana siapa....

Cheyy.....My...
071211