Sunday 11 December 2011

~ KULAYARI BAHTERA BERSAMA HARUM MAWAR...

~ Mengharumlah mawar
dalam bahtera cinta
tebarkan wangian rindu
bawalah duhai sang bayu
harumkan mawarku
untuk mengejutkan dia
dari lena yang lama
kerana di sini...aku sedang menanti
keabadian cinta hadir.

Duhai,
di sini wangian mawar
telah melenyapkan duri
agar suntingan tidak tercucuk jemari
tidak melekatkan darah
pada saat cinta sedang indah.

...belayarlah bahtera..
sewaktu hati memanggil rindu.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[6/12/2011]