Monday 5 December 2011

Iklan Khalifah

di alam tanpa nama
kita kebingungan mengenal diri
mahu bersujud namun tiada arah
mengenal namun tidak dikenal
menyinta namun tidak terasa....
sangRaja membuka pintu..mahu menawar tugas Khalifah
..gunung pun gementar
langit terus menangis
dan semua alam terdiam
angin berhenti bertiup
walau ego ombak bergoncang
..tiba-tiba....si Insan berdiri
mengangkat tangan tanda setuju
berikan amanah itu Ya Raja ...
hingga malaikat tersenyum ..kini tugas aku bermula
menyalalah api.....dinginlah tenang...
cakra mula berputar....
..semua kitab terbuka...
dan airmata pun mula mengalir....membaca hikayat sendiri...!!