Tuesday 6 December 2011

HANYA EMPATI YANG DIA MINTA, BUKAN SIMPATI DARIMU

Ya insan
hanya empati yang dia minta, bukan simpati darimu.

...
Hati senja itu kau sentap
koyak rabak jasanya kau rentap
hingga gugur alir setianya
memeluk rindu sehayat usia
terbaringkah akalmu kerana sesalan
dendam lama itu tak kesudahan
malah mendewasakan bara di dalam hatimu
bukan mendidik embun menjadi salju

Tanpa sedar sebaris bahasa melukakan
sakit ibarat menggenggam kaca ditangan
kerana nafsu, adab telah kau tanggalkan
sudahnya keliru dalam perhitungan
sementara ada waktu sedarlah insan
sementara masih di persimpangan
masihkah terkenang zaman buaian
sebelum wajah uzur itu menadah tangan

Ya insan
hanya empati yang dia minta, bukan simpati darimu.

.
Angah Arie
Delusani
Seremban N9DK