Sunday 11 December 2011

~DIAN II~

Dian yang menerangi malam
walau tiada siapa peduli!
Kaku dan diam
bercahaya dalam balam

Dian akan terus setia menerangi kegelapan

Tapi apakan daya!

Dian telah disangkari belengu kaca
cahayanya istimewa untuk pemiliknya sahaja
tidak mampu menerangi gelap malam luar yang gelita

Dianku hanya satu
dianku tidak beribu.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN
06-12-2011 jam 1243pm.