Monday 5 December 2011

di antara dua Jemari

Pena Ku mahu menari lagi
melukis dengan tinta cinta
walau jemari kian suram
lelah menari bersama bayang..
Rindu pada Kerinduan
dan jeritan lautan
buat aku bangun dari kelandaian sofa
membuang sebentar keSATUan
berlari dan menari lagi di dermaga
mensauhkan layarnya sampan sendiri
dan meredah keriuhan alam
mengasyikkan kelalaian
bermain main dengan siulan burung
hhmmm....kadang kadang aku dipanggil
..kadang kadang aku di biar pergi...!!
aku di antara dua Jemari.....!!