Thursday 22 December 2011

BODOHKAH AKU

bodohkah aku
menjadi seperti pungguk
atau dungukah akalku
hingga tidak tahu apa itu bulan

akalku atau apa yang berkuasa
tersungkur aku di sudut itu
tidak bersambut
longlai terkulai

aku meraba mencari tongkat
biarpun bukan sakti
tapi biarlah dapat aku berpegang

kerana bodohkah aku
tetap di sini
hingga membiarkan dipanah
darah mengalir tidak aku sedari
atau kebodohanku ini
adalah pelengkap kepada satu kebijaksanaan

.......akubayu061211@1945......