Monday 5 December 2011

Bicara Hati Yang Bercelaru...

Semalam yang berlalu
Sebal hatiku mendengar tuduhanmu
Aku memaksa diri menerima
Keranaku sedar aku bukan insan sempurna

Teruskanlah leteranmu...
Aku akan terus diam membatu
Kerana itu yang kau mahu
Menuding jari pada diriku
Selongkar segala kesilapanku
Kerana kau bahagia begitu
Segalanya kau ungkit
kejengkelanku kau kuit-kuit
Kemarahanku semakin membangkit
Bicara hati yang sedang perit...

Setiap satu tohmahan yang kau lemparkan
...Bahawanya..
Aku insan berdosa
Masih diberi peluang menebus
Segala dosa-dosaku
Sejauh mana ketaqwaanku..
Adalah kurnian dari rahmat-NYA

Aku benar-benar mengharapkan
Taufiq dan hidayah dari-MU
YA RABB..
Aku sedar kini
Bukan kemarahan yang harusku
Lontarkan padamu
Dari sudut hatiku yang masih bercelaru..
Inginku lafazkan padamu
Terima kasih membuatku lebih mengingati
Tuhanku
Kerana tanpa semua ini
Mungkin aku akan terus jauh dari-NYA

ALHAMDULILLAH....