Monday 5 December 2011

Biarkanlah

biarkanlah aku begini
senyum ku tak minta tuk dihiasi
gelak ku tak minta tuk ditemani
tangis ku tak minta tuk dikasihi.

aku berdiri bukan kerana kamu
aku bernafas bukan jua kerana dirimu
pergilah berlalu...
sungguh aku takkan merayu.

biarkanlah aku di sini
mati pun ku tak peduli
aku mahu bersendiri
melayani hati yang kau sakiti.

-gelap-