Thursday 8 December 2011

‎~ BENARKAH CINTAMU KANDA...? ( III )

...beberapa bulan kemudian.


" Sudah dinda agak apa yang akan terjadi dengan sumpah setia kanda..

rupa-rupanya di dalam diam..kanda memandang banyak cinta..!"


" Kenapa ni dinda..apa yang tidak kena?"


" kanda..dinda rasa cukuplah sampai di sini perhubungan kita..kanda bukan

sahaja masih mengingati kekasih lama..malah dalam diam juga..kanda

mempunyai ramai dara..sana sini kanda cuba memikat dan menjaja cinta.."


" apa yang cuba dinda bicarakan ini?...kanda sungguh tidak faham..dinda

ada-ada sahaja mereka cerita..bukankah ini fitnah namanya dinda?"


" tak usahlah kanda mahu berpura-pura sama dinda..cukuplah kanda.." (...airmata

Cendana..mula mengalir hiba..kerana rahsia Pendita yang playboy telah

terbongkar ke pengetahuannya..dan Pendita tidak pernah mahu mengaku..kerana

tamakkan cinta.)


...bersambung.


~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[1/12/2011]