Saturday 3 December 2011

Anak Gelandangan

di hadapan adalah kabut yang tak pasti
dalam jarak pandangan yang kabur
tiada jalan pintas
untuk meraih keberuntungan hidup
hampir lumat jejak-jejakku
melalui lorong-lorong berduri
mengharungi derita yang tak berhujung
bagai mengejar bayang
yang tak pernah hadir mendakap cita
walau cahaya indah sering berilusi sendiri
masih terasa ranjau menghalang perjalanan
hanya kekuatan sabar yang masih bertugu
terbungkus bersama kepingan iman
dan perjalanan yang sukar ini dititi
meski puing-puing derita tetap bersama
dalam dingin dan panas kehidupan
dan akan kuharungi jua hidup ini
walau hanya sebatang kara
kerana aku ini
anak gelandangan yang digelandangkan