Tuesday, 22 January 2013

panggilan ku bukan untuk kau


panggilan ku bukan untuk kau

jangan menoleh kepada aku
walau ada nama mu ku sebut
laungan untuk aku
... bukan untuk sesiapa
kau..duduk lah di kerusi mu
aku ada kerusi sendiri yang sedang ku ukir....

dan..lihat lah
para puteri tersenyum
yang melihat ku terdampar di pulau
mendirikan kembali teratak tetamu
dan membina bangku bangku untuk bicara
tentang cinta..tentang rindu
dan..kitab kitab lama....ku buka satu satu
mahu mencari lagi satu hakikat
tentang kehidupan..di satu daerah di daratan sana...!
datang lah tetamu...pulau ku sedang menanti...

~AwaL~