Sunday 27 January 2013

KAUSENTIASA TERINDAH


KAUSENTIASA TERINDAH
(Sempena ulang tahun perkahwinanku dengan Cahaya Laila yang ke 23 tahun)

27 Januari…
dalam waktu yang panjang ini
... kita berganding menyusun langkah
dalam tusukan ranjau ngilu
dan deburan badai menghempas
kita tetap jitu berpimpin tangan
membiarkan semuanya larut
dalam cinta kita yang panjang.

Di singgahsana cinta ini
kita masih bersemayam
laksana raja dan ratu
menghimpun semua rasa cinta kita
dalam bejana salutan rindu
rindu yang kita pamerkan
di dada waktu dan kenangan.

Kita akan terus berpimpin tangan
menyatu hati jadi satu
dalam gelora cinta yang tak pernah mungkir
untuk menghadirkan resah dalam waktu terpisah
kerna kita berdua tahu
antara kita adalah satu
satu dalam cinta
satu dalam jiwa
dan satu untuk segalanya.

Dan sesungguhnya
kauadalah satu buatku!... .

Qalam Bertinta
27012013
2333PM
KAUSENTIASA TERINDAH
(Sempena ulang tahun perkahwinanku dengan Cahaya Laila yang ke 23 tahun)

27 Januari…
dalam waktu yang panjang ini
kita berganding menyusun langkah
dalam tusukan ranjau ngilu
dan deburan badai menghempas
kita tetap jitu berpimpin tangan
membiarkan semuanya larut
dalam cinta kita yang panjang.

Di singgahsana cinta ini
kita masih bersemayam
laksana raja dan ratu
menghimpun semua rasa cinta kita 
dalam bejana salutan rindu
rindu yang kita pamerkan
di dada waktu dan kenangan.

Kita akan terus berpimpin tangan
menyatu hati jadi satu
dalam gelora cinta yang tak pernah mungkir
untuk menghadirkan resah dalam waktu terpisah
kerna kita berdua tahu
antara kita adalah satu
satu dalam cinta 
satu dalam jiwa
dan satu untuk segalanya.

Dan sesungguhnya 
kauadalah satu buatku!... .

Qalam Bertinta
27012013
2333PM