Saturday, 19 January 2013

DI LANGIT DAN DI BUMI, JANJI ITU KUMETERAI

Bukan sengaja ‘tuk aku meninggalkanmu
bukan juga irama kebencian telah mula berdendang
sekadar ingin menyendiri untuk mencari sesuatu yang hilang
yang dulunya pernah aku miliki
kini hilang tanpa arah yang pasti
namun akan cuba kujejaki
kerana pencarian ini tidak akan terhenti
demi satu cinta yang pernah kumeterai
di langit dan di bumi
juga di hati.

Qalam Bertinta
04012013
1027am