Sunday 3 March 2013

Relakanlah aku menyinarimu.

Relakanlah aku menyinarimu.

Rombongan merisik
lama dah pulang
tanda ikatan tersarung di jemarimu
kaubahagia akupun turut bahagia

Tujuh dulang berbalas sembilan
saling bertukar hantaran
tak bertemu
namun saling berhubungan lewat talian
ataupun di bualan laman mukabuku
sabar menanti

Berandam
adat diteruskan
bersiram dengan mandian tujuh bunga
pabila malam menjelma
kaudiinaikan kesemua jemarimu

Lalu...
relakanlah aku menyinarimu
berkongsi faedah adanya aku
kerana sudah takdir Illahi
dah tertulis kita bersama
mengharungi bahtera kehidupan
hingga ke hujung nyawa

--->ibnuamar<---