Sunday 3 March 2013

Biar Layu Di Tanganku

Biar Layu Di Tanganku

telah kaurobek ketenangan hati
yang mula berputik dan bersari
saat-saat kutakhtakan kau
bersemayam dalam mimpiku.

biar kudi sini bertugu
bersama batu-batu bisu
berteduh di langit biru memburu rindu
mengenang janji syahdumu
terakam indah pada sebuah lagu
yang kauciptakan untukku.

kiranya ros merah pemberianmu
layu di tanganku
tak akan kumerayu mendukakanmu
kerana cintaku utuh bersamamu.

Embi Estar - 1 Mac 2013
Biar Layu Di Tanganku

telah kaurobek ketenangan hati
yang mula berputik dan bersari
saat-saat kutakhtakan kau
bersemayam dalam mimpiku.

biar kudi sini bertugu
bersama batu-batu bisu
berteduh di langit biru memburu rindu
mengenang janji syahdumu
terakam indah pada sebuah lagu
yang kauciptakan untukku.

kiranya ros merah pemberianmu
layu di tanganku
tak akan kumerayu mendukakanmu
kerana cintaku utuh bersamamu.

Embi Estar - 1 Mac 2013