Wednesday 6 March 2013

CINTA TANPA IMEJAN


CINTA TANPA IMEJAN

Di jendela ini
aku merenung ke dada langit
bintang yang bergantungan
... seakan permata berkilauan
indah namun tak seindah perasaanku
lalu cuba kucari bintang riga
agar dapat bersamanya
untuk duduk bercerita
akan arti sebuah sepi
kerana dia lebih mengerti.

Menyongsong sepi
bersama janji yang termungkir
lalu tenggelam dalam rinai airmata
dan cinta pun menjadi sekadar kata-kata
tanpa makna
tanpa apa-apa.

…dan di akhir persimpangan itu
aku kautinggalkan.

Cinta ini tidak pernah kesampaian
biarpun berdekad aku pertahankan
namun tidak pernah ada kepastian
hanya tergantung bak awan-gemawan
di langit lazuardi.

…juga seperti kanvas tanpa imejan,

Qalam Bertinta
05032013
1921pm
CINTA TANPA IMEJAN

Di jendela ini
aku merenung ke dada langit
bintang yang bergantungan
seakan permata berkilauan
indah namun tak seindah perasaanku
lalu cuba kucari bintang riga
agar dapat bersamanya
untuk duduk bercerita
akan arti sebuah sepi
kerana dia lebih mengerti.

Menyongsong sepi
bersama janji yang termungkir
lalu tenggelam dalam rinai airmata
dan cinta pun menjadi sekadar kata-kata
tanpa makna
tanpa apa-apa.

…dan di akhir persimpangan itu
aku kautinggalkan.

Cinta ini tidak pernah kesampaian
biarpun berdekad aku pertahankan
namun tidak pernah ada kepastian
hanya tergantung bak awan-gemawan
di langit lazuardi.

…juga seperti kanvas tanpa imejan,

Qalam Bertinta
05032013
1921pm