Thursday 27 October 2011

~ SELEMBUT SUTERA...

Bermula
suatu pertemuan
merangkak ke batas waktu
saat mata bertentang mata
hati teruja
untuk kembali bertemu cinta.

Seiring dengan masa
cinta kasih dahulu
seperti mahu bersambung
sepintas lalu aku masih rindu
.......saat-saat itu.

Kilau pesona cinta
jangan pernah memeterai dosa
biar ia mencanai rasa dalam rahsia
sesuci jernih air yang membening
memintal akal
agar terus sedar dari khayal
.......jangan terlalai.

Selembut sutera
deru angin yang berhembus
berlari perlahan
meninggalkan pertemuan
pulang dengan kenangan
seindah bunga-bunga
.......yang berkembang.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

http://selendanghitamrusie.blogspot.com/