Sunday 30 October 2011

~AKU BUKAN TONTONAN~ - by ~ Sazalee Sulaiman

Aku bukan barang mainan
aku bukan barang tontonan
aku bukan badut sarkis di pamiran
...
dan aku bukan artis untuk diperhatikan

Tapi..
aku hanya insan biasa..
...yang punya hati dan rasa
punya jiwa dan asa..
...asa untuk mengecapi bahagia

Aku sedih..
...sedih kerana sering diperlakukan begini
oleh insan yang aku sayangi
hanya kesungguhan yang aku pinta..
...kesungguhan untuk menjayakan perhubungan
bukannya pernikahan..
...jadi permintaan
hanyalah kesungguhan
kerana aku tahu..
...terlalu awal untuk melangkaui usia perhubungan

Kau kata mahu melihat dahulu
dan menilai sendiri dari tingkah lakuku
disitu akan terserlah peri-lakuku
kalau baik..baiklah aku
kalau jahat..jahatlah aku

Hanya satu permintaan aku..
...lihatlah dan nilaikanlah
kerana Tasha..
...aku bukan untuk tontonan.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI,NEGERI SEMBILAN.