Friday 28 October 2011

......Telah kukatakan

Pencarian ini
dan keberanian ini
yang membawa kita
memimpin langkah demi langkah
mengapa kebimbangan yang selalu menggamit
masih mencari keyakinan
mengerti kini engkau di sisiku
dapat merasakan hangatnya
tapi hati perempuanku
sepi itu ada di mana mana
sepi kerana perpisahan
mengukir detik dari kejauhan
yang pasti rasa setia
telah kukatakan kepadamu
bahawa aku mahu hidup di duniamu.

Yatie Yusoff
28oct2011
2.20pm