Wednesday 1 February 2012

Titisan Hujan Kasih

carikan awanan
di desak olakkan kasih
menumpah gugur
titisan air kasih
membasahi bumi
seikhlas diri
hadir berbudi lagi

segar lah segala raut rasa
semakin hidup impian
melebar akar cinta
pada nafas desah
kembali segar dalam
penantian semalam

berakar umbi menjalar
ranting megah membuka ruang
dedaunan menari berkasihan
rumput segar menghampar dada
tiada keluh menari tari
tiada luka diguris duri

kerana titisan air kasih
membawa simpati
pada kekeringan hari
tiada layu menanti
kini mendakap realiti
seribu erti....

Cheyy....My.
01.Feb.2012@
2005 hrs.