Wednesday 1 February 2012

~ MALAM SEPI...

~ Kesepian malam
mengajakku jelajah daerah sepi
lalu berfikir di anjung sunyi
aku sudi
mengikut takdir yang tersurat.

Kuutus rindu
ke langit malam
menebus janji
untuk menuju ke arah cita-cita
di sana ada impian
masih tergantung di awangan.

Sehela nafasku lepaskan
terima kasih Tuhan
kerana manis malam-Mu..
nyawaku masih bertahan
kerana aku sangat takut
pada warna siang
biarpun sepi malam
berpanjangan.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[1/2/2012]