Wednesday 1 February 2012

CINTA KAH CITA

cintaku tidak semahal Taj Mahal
bukan pula sesengsara Qais dan Laila
tidak akan kuharap cinta Zulaikha kepada Yusof
apa lagi seindah Rome dan Juli
kerana cintaku tertumpah kepada-Nya
sejak kukenal diri ini siapa
selain mengabdikan diri kepada-Nya

siapalah kita mencintai sesama manusia
yang kadang punya rasa berbeza dan berubah
kerana bila saatnya tiba menghampiri diri
cinta terlontar bagaikan sampah
busuknya berbisa setelah berbaur amarah
lalu ke mana lagi cintakan tumpah
selain menjadi sebilah fitnah
menghiris hati berdarah dan bernanah
kerana cintanya terlahir tidak amanah
meski ia selembar fitrah

apakah cinta itu cita
setelah getarnya membungkus kalbu
lalu berangan menghitung bintang beribu
di dini malam yang sepi
tergapai asap disangka awan
kiranya mengharap serintik hujan
tiada pasti di mana jatuhnya