Sahaja Cinta
Ketika menatapmu
hanya membentangkan duga
ketika mendengarmu
hanya membenihkan wasangka
ketika membacamu
hanya membuahkan hujah
Maka demi langkah yang kau perjalankan
izinkan aku menujumu
perkenankan aku memelukmu
dalam buta tuli bisu
: sahaja
Pekanbaru, Januari 2013