Thursday, 17 November 2011

SENTUHLAH SURAMKU DENGAN NEON BIRUMU (Janji utkmu)

Engkau lupa bunga yang kau hambur di Jogjakarta
senyum pada Taurat-ku pada berdirimu di dua keningmu
bukalah diary hatimu kembali
tataplah Mazmur Daud pada para Sinagog
bahawa Engkau yang menunjuk ku mihrab keabadian
yang ada bekas kucup balqis, Ratu Tauhid
Sekarang Engkau tercari-cari,
makna tulip yang berjatuhan,
sedang Engkau yang duduk sebangku mengirai kelopaknya
dan berkata ; Inilah warna cinta,
yang akan mewarna kita dengan baqa!

Penyairku,
Sungguh aku rindu padaMu....
dengan sayap impian aku terbang mencari jejakmu
dan aku cukup tahu arah mana SATU
kerena adamu, tetap ada syair sendu
tetap ada rintih pilu munajah langitmu
aku bahagia dengan cahaya pada dada & matamu!
aku bahagia dengan makna & rahasia balik garapan ayat-ayat Cinta
sentuhlah suramku dgn neon birumu
undanglah aku ke taman anggurNya
udah lama kutunggu
udah lama kurindu
tidak mahu menggelasi aku anggur unguMu?
tidak mahu gelas di laga hingga tepercik bara?

Tidak mahu cinta menyala?
biar apinya membakar kita
biar tiada tertinggal di sana selain cinta
sedang hilang kita dlm Nirvana

Rajendra Nath Tagore