Monday 4 February 2013

Seperti mawar


Seperti mawar aku tertawa seluruh tubuh, tak hanya mulut,
sebab aku berada di luar diriku, bersendiri bersama Raja Dunia.
Kau yang datang pada waktu subuh membawa pelita
dan membawa terbang hatiku,
bawalah rohku terbang juga, jangan hanya hatiku!
... Jangan bikin rohku nanar cemburu, jangan kau pisah ia daripada hatiku;
jangan hanya hatiku dipanggil menghadap hadirat-Mu!
Kirimlah pesanan kerajaan, sebar luaskanlah maklumat, o Sultan!
Berapa lamakah hatiku akan tinggal di hadirat-Mu,
sedangkan rohku tetap sebatang kara?
Apabila malam ini kau tak datang, sebagaimana kemarin,
dan bibirku lunglai kerananya,
maka aku akan meronta bersama rohku sekuat tenaga,
tidak bersendiri aku ini meratap.