Thursday 7 February 2013

Selepas hujan.


Selepas hujan.

Jalan yang basah aku langkahi
mencari ketenangan di kalbuku ini
sunyi dan sepi kabus melengkari
... rindu mencuit lemas di hati,

syair kehidupan berselimut sepi
radang di kalbu membuatku sunyi
kabut di hati menebal kini
bagai kuburan sebelum mati,

di mana nisan untuk kulawati
harus kutalkin sebelum kupergi
rawannya hati harus disembuhi
damai bernaung hidup bertopi,

biarlah syair kutamatkan di sini
harus kupateri akurnya janji
semoga jalanan berwarna pelangi
kabut menyepi cahaya kembali,

selepas hujan hilanglah daki.

ss/spl/pm ... 05/02/2013.