Monday 11 February 2013

PUISI DI MAKAM BONDA

PUISI DI MAKAM BONDA

Di sudut sepi itu
hening dan sunyi
bersama guguran
memutih kuntum-kuntum kemboja
bertafakur seorang aku
dengan zikir dan wirid yang panjang
bersama rindu dan kenangan
yang sentiasa segar
di hati dan ingatan.

Makam bisu itu
kurenung dalam helaan nafas yang panjang
menyedarkan aku tentang kasih sayang
seorang insan bergelar bonda
yang sentiasa bergelut
dengan jerih dan perih
demi untuk sebuah kebahgiaan
bagi satu keluarganya.

Bonda
engkau ratuku
engkau syurgaku
biarpun yang tinggal
hanya kenangan bersamamu
namun doaku sentiasa ada
mengiringi jalan-jalanmu
menuju kepada Penciptamu
dalam kehidupan akhirmu
yang abadi.

Dan dalam senyuman kemboja
seakan menghantar pulangku
kutinggalkan makam sepimu
bersama nafas pastiku
kerana aku tahu
satu hari nanti
aku akan kembali ke sini…menemanimu
untuk menuju kehidupan akhirku
yang abadi.

Dan kita pun
akan bersama buat selama-lamanya!... .

Qalam Bertinta
10022013
1247am
PUISI DI MAKAM BONDA

Di sudut sepi itu
hening dan sunyi
bersama guguran 
memutih kuntum-kuntum kemboja
bertafakur seorang aku
dengan zikir dan wirid yang panjang
bersama rindu dan kenangan
yang sentiasa segar
di hati dan ingatan.

Makam bisu itu
kurenung dalam helaan nafas yang panjang
menyedarkan aku tentang kasih sayang
seorang insan bergelar bonda
yang sentiasa bergelut
dengan jerih dan perih
demi untuk sebuah kebahgiaan
bagi satu keluarganya.

Bonda
engkau ratuku
engkau syurgaku
biarpun yang tinggal
hanya kenangan bersamamu
namun doaku sentiasa ada
mengiringi jalan-jalanmu
menuju kepada Penciptamu
dalam kehidupan akhirmu
yang abadi.

Dan dalam senyuman kemboja
seakan menghantar pulangku
kutinggalkan makam sepimu
bersama nafas pastiku
kerana aku tahu
satu hari nanti
aku akan kembali ke sini…menemanimu
untuk menuju kehidupan akhirku
yang abadi.

Dan kita pun
akan bersama buat selama-lamanya!... .

Qalam Bertinta
10022013
1247am