Tuesday 19 February 2013

KEAMPUNANMU KUPOHON


KEAMPUNANMU KUPOHON

Tuhanku
di tengah-tengah gemerlap langitMu
tenggelam semua mata makhluk
... yang lena tertidur
tetapi pintuMu terbuka luas
untukku memohon belas kasihMu.

Aku datang menghadap
untuk memohon keampunanMu
kasihanilah daku wahai Tuhan
ketika aku melakukan maksiat
bukan kerana aku ragukanMu
bukan kerana mengabaikan seksaanMu
bukan juga menentang hukumMu
tapi aku lakukan kerana hawa nafsuku
oleh itu Engkau hulurkanlah tirai
untuk melindungi segala keaibanku.

Maha Suci Allah
Engkau dilawan seakan Engkau tiada
Engkau terlalu Pemurah
seolah-olah aku tidak pernah melawanMu
kerdilnya aku dalam melihat ciptaanMu.

Qalam Bertinta
17022013
1919pm