Friday 8 February 2013

KATA HATI, KATA MINDA

KATA HATI, KATA MINDA

Mata ralik menatap,
jiwa leka berkata,
hati menaruh harap,
fikiran pun berkelana...

Minda fikir berulang,
jiwa asyik berangan,
nafsu berkata sayang,
hati menaruh harapan....

Minda terus beringat,
jiwa asyik merindu,
fikir sering mengingat,
hati rindu selalu....

Minda bertelagah,
jiwa membantah,
fikiran menegah,
hati semakin resah.....

Kasih di hujung rasa,
Sayang di hujung hati,
Rindu setiap masa,
Ingat di dalam hati...

Liza Isma,
>>Suara hati di hujung rasa....
7 Februari 2013/7:00pm_Khamis.