Monday 11 February 2013

DI TANAH INI AKU BERPIJAK

DI TANAH INI AKU BERPIJAK

Di tanah ini aku berpijak
tanah ini akan kupertahankan
kutancapkan kukuh kakiku di sini
biar bergemuruh musuh menyerbu
berundur…pantang keturunanku
biar berkecai daging membusuk dimamah tanah
biar berderai tulang temulang jatuh satu persatu
aku akan terus di sini, di tanah ini
kerana tekadku hanya satu
andai kugugur
biarlah tanah ini menjadi saksi
dan biarlah juga
tanah ini menjadi kuburanku.

Qalam Bertinta
04022013
2307pm