Saturday 16 February 2013

~♥ Bayangan gurauan ♥~


‎~♥ Bayangan gurauan ♥~

Di sangkar bindu
tersimpan di benjan hati
tarian bayanganmu bermain di panca indera
... gelaran Sang Puteri si gadis misteri
siapakah dikau menari di alam fantasi

Dikau hadir di mimpi
melambai-lambai padaku dan terus pergi
adakah rasian atau realiti
bermain difikiran ini

Bayangan gurauanmu senantiasa dipandanganku
di dalam berjaga aku mencari-cari
hadirlah dikau di hadapanku
menjalinkan percintaan yang terpendam selama ini

Andai aku diberikan emas dan permata
yang mengilapkan suasana
aku tetap memilihmu
kerana senyumanmu itu menusuk kalbu
memukaukan aku dalam berjaga

Dikau bagaikan kejora
di antara berjuta bintang yang berkerdipan
di angkasa yang terbentang
wajahmu aku terbayamg-bayang

Jangan biarkan aku ternanti-nanti
kerana perasaan menghimpit menikam atma
hingga aku lupa diri
mencarimu hingga kini

~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku
- Kota Singa ~ 16/02/2013