Sunday 3 February 2013

aku hadir bukan untuk memburu cinta


lisa~aku hadir bukan untuk memburu cinta

berlandaskan persahabatan sejagat maya
suka duka menjemputku hadir ke ruang terbuka
berlegar berbicara tentang apa-apa sahaja
... terutama skop cinta mainan madah pujangga

bukanku mencari cinta
jauh sekali memburu cinta puaka
walau kutahu cinta tidak mengenal siapa
jurang pangkat mahupun paras rupa
cukuplah aku dilahirkan sebagai insan biasa
bekerja ala kadar sahaja
namun aku punya maruah terpelihara

biarlah insan yang teranugerah itu sahaja
menjadi pendamping seluruh hati dan jiwa
bukan permainan boneka di merata
silih berganti menukar baju layaknya
kerana diriku milik Yang Maha Esa
sementara jiwaku dijemput tiba
benarkanlah aku melonjak rasa
semahuku apa yang aku suka

hadirku bukan untuk memburu cinta
tiada niat menyentuh hati dan perasaan sesiapa
aku tegaskan di sini dengan serangkap kata

diriku hanya pencoret hiasan dinding sahaja
siapa tidak suka silakan padamkanlah sahaja ♥
lisa~aku hadir bukan untuk memburu cinta

berlandaskan persahabatan sejagat maya
suka duka menjemputku hadir ke ruang terbuka
berlegar berbicara tentang apa-apa sahaja
terutama skop cinta mainan madah pujangga

bukanku mencari cinta
jauh sekali memburu cinta puaka
walau kutahu cinta tidak mengenal siapa
jurang pangkat mahupun paras rupa
cukuplah aku dilahirkan sebagai insan biasa
bekerja ala kadar sahaja
namun aku punya maruah terpelihara

biarlah insan yang teranugerah itu sahaja
menjadi pendamping seluruh hati dan jiwa
bukan permainan boneka di merata
silih berganti menukar baju layaknya
kerana diriku milik Yang Maha Esa
sementara jiwaku dijemput tiba
benarkanlah aku melonjak rasa
semahuku apa yang aku suka

hadirku bukan untuk memburu cinta
tiada niat menyentuh hati dan perasaan sesiapa
aku tegaskan di sini dengan serangkap kata

diriku hanya pencoret hiasan dinding sahaja
siapa tidak suka silakan padamkanlah sahaja <3