Wednesday 14 March 2012

tercemar suasana di tepi laut senja

senja ini aku duduk di dermaga sepi
ditemani sebatang joran yang tidak bertali
cuba untuk mengail sebuah ilusi
tentang kejadian rona pelangi di langit yang tinggi
ciptaan agung Allah Yang Maha Suci
yang mencipta langit dan bumi

tapi lain yang aku hajati, lain pula yang aku dapati
rona pelangi berlalu sepi pergi meninggalkan langit tinggi
bergantian pula sang unggas tak sedarkan diri
hiruk pikuknya bergema menggamatkan suasana senja di dermaga sepi
riuh bagaikan merekalah sahaja penghuni bumi Illahi
mahu sahaja aku cemati mereka dengan joranku yang tidak bertali

agar mereka tahu untungnya hidup di muka bumi ini
jangan jadi seperti tong kosong berdengung bila tidak berisi

Pelaut Malang Berhati Simpati

*MELUNAS KASIH*

sayang, usah tikam hati sendiri
simpatilah kenangan semalam
salahku, kelu bagai berlalu
kau mendahagakan kasih
tiada khilaf, meyakini jujur
sendirian, tak sadar kesepian
getar beku tanpa gebar mesra
kulekatkan janji di tabir senja
di dada langit, kusimpan rembulan
kucetak kejora hati, biasan jiwa
ingin kuhadiahkan sekalung impian
jika tak disarung, pudar harapan
izinkan kutebus penantian

100312 0427

© Gerbang Kayangan 2012