Sunday 11 December 2011

Songsang

"Duduk di sini", pintamu. Lalu aku duduk memandang matamu.

"Kamu cantik, tapi aku tak jatuh cinta." Jujur namun kenapa aku terasa perih.

"Kenapa orang sering bertanya siapa kamu? Siapa aku?" lanjutmu sedikit amarah.

"Kita bukan siapa-siapa.
Tapi mengapa kita bertanya, siapa kamu? Dan memperkenalkan diri dengan simbol-simbol membingungkan. Nama, jenis kelamin, umur, lokasi, asal, keturunan.
Aku ternyata bosan dengan semua itu.
mengapa kami tidak boleh bercinta tanpa harus mengenal siapa dia secara fizikal?
mengapa aku tidak boleh mencintai dia kerana jenis kelamin kami sama adanya? mengapa aku yang dipersalahkan dengan rasa ini sementara aku tidak pernah meminta.
kalau kamu bertanya siapa aku
inilah: Lelaki tanpa nama. Tanpa tempat kelahiran. Tanpa ibu dan ayah. Tanpa jenis kelamin.
Maka bencilah aku, sebab mencintai dia. Kerana identiti seperti itu penjara bagiku. Aku ingin bebas. Apa pendapatmu?"

Aku terkedu. Sepatah dariku, "songsang."