Thursday 8 December 2011

Ku hadiahkan untukmu sebuah cermin mata,

Ku hadiahkan untukmu sebuah cermin mata,
Agar pandangan mu tidak lagi berkaca2,
Supaya kau lihat lemah diriku,
Supaya kau selidiki sebenarnya siapa aku.
Aku belikan untuk mu sebuah jam,
Agar engkau punya waktu,
Menilai diriku..kau masih punya masa,
Kau masih punya ruang.
Pakailah cermin matamu,
Lihatlah waktu mu,
Aku sabar menunggu,
Kerana aku tidak mahu engkau terburu2
Kerna aku tahu, ia adalah kehidupanmu.