Thursday 8 December 2011

****DUKA****

Mengapa dikau harus berduka
pada sesuatu yang tidak ada
mengapa harus kau bermandikan
air mata
kerana kehilangan sesuatu
yang berharga

Jangan sekali kau berputus asa
untuk impian yang porak-peranda
jangan kau terus menyesal
lalu hidup berulam hati

Usahlah kau mengutuk diri
untuk segalanya yang tak bererti
kita adalah manusia

Yang mengenal erti cinta
dan kasih sayang
mengenal erti suka dan duka
derita dan bahagia
menghargai sesuatu yang berharga

Dirimu mudah luka dan melukai
semoga dirimu tabah
untuk terus mengharungi
setiap cabaran yang menghampiri
dalam mencari keyakinan diri yang abadi