Thursday 10 November 2011

~TERIMA KASIH TASHA~

Tasha
terima kasih
kerana kau menghilangkan rinduku
...
rindu yang telah lama bertamu..
...rindu yang selalu meresahkan jiwaku

Tasha
hanya dengan bisikan merdu suaramu..
...bisikan merdu ketelingaku
segalanya terlerai dibawa bayu
berlalu bersama derai tawamu

Tasha
saat ini dunia milikku..
...saat ini bahagia milikku
kerana baru kini aku rasai sesuatu
yang engkau juga kini milikku

Terima kasih Tasha..
...terima kasih juga dengan hadiah pemberianmu
hadiah yang amat bermakna buatku
hadiah yang menjadi tanda..
...tanda percayanya engkau kepadaku
yang akan aku simpan seumur hidupku

Tasha
mungkin engkau tidak sedar sayang
bertapa amat bermaknanya hadiahmu itu kepadaku
hadiah yang merialisasikan impianku..
...dan mengilhamkan didalam jiwaku
yang engkau turut menyintai diriku

Terima kasih Tasha kekasih hatiku.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI,NEGERI SEMBILAN.