Thursday 10 November 2011

Sunnah Dalam Rumah ( puisi sederhana utk rakan dan taulan yang saya kasihi..)

Kau kata
Rumah mu syurga mu
pengisian bagaiaman rupa seisian
warna warni nya warna apa kau corakkan
cahaya iman nya rupa apa yang kau lakar
sejahtera nya sampai bila kau tadah

jangan pandangan ibubapa tidak sekata
takut isi rumah nya keliru..kelabu apa dikata
ibu dan bapa cantik perlakuan contoh terindah
isi rumah tak musnah kerana contohnya berhemah
perlakuan sekeliling ibubapa kena siasat takut tersesat
Sentiasa hidupkan Sunnah penyuluh rumahtangga
memberi salam ucapan terindah pembuka hiasan

ayahibu jangan leka hiburan merata..
salam anak tiada selera
memanjat doa nyanyian sepenuh jiwa mengingati Pencipta
apa pun lakaran dalam gerak dimula doa kekal setia di jiwa
Zikirrullah..Allahuakhbar..astaghfirullah juga Alhamdulillah
berselawat dibiasakan diri meniti di bibir seisi keluarga kita
biasa biasa lah sejak nadi mula berdiri menghiasi diri kita
terima kasih mu seiringlah dengan ucapan Alhamdulillah juga
tanda bersyukur di limpahi kerahmatan pemberian Nya pada kita
Terkhilaf iringlah ucapan Astaghfirullah tanda mohon keampunan Nya

berjemaah bersama di mana segala nya indah..
di surau ,di masjid juga di rumah
di rumah..indah mendidik seisi nya..
menguatkan silaturrahim kasih sayang
berpaut kasih sepanjang masa keluarga ceria..
segala nya indah di rasa
ilmu akademik sentiasa di kejar..
ilmu agama tiada di lupa menuju kesyurga
Harta di cari banyak tiada terhingga..
namun ianya kejalan Allah di guna juga
" Harta benda dan anak anak ia ujian Allah jua lah pahala yang besar.."
Ayahibu jangan tak tahu baca Al-Quran...
takut nanti anak anak jadi syaitan.

Menghadiri kuliah agar selalu jadikan selera..
ketagih gila jika tiada di dengar
jagan cuma pendidikan minda di kejar...
pendidikan rohani di biar bersahaja
carilah seimbang kalau di timbang..
sogokkan hiburan sekatlah agar tidak merendang
jangan sampai bertembaran takut nanti jadi gila..
liar akhlak di lambung dunia
makan semeja cedok ikut rasa..
cerita lah berpesan dengan hikmah berisi mulia

di meja cerita lah adab makan sambil bersantai..
bermesra kasih seiringan iman
carilah hadis Rasullullah sentiasa tehidang pengajaran adab waktu makan
ingat..! pesan Junjungan Baginda.." kita sentiasa mengasehi antara kita.."
jangan terkurang kasih sayang
takut anak anak ke lembah sosial tempat terlarang
hiasan pakaian bukan sekadar membalut badan..
pakai pakaian tapi masih terlanjang
ikut lah syarak..jangan kita hias diri takut orang pedih mata
kerana hiasan kita menjolok mata

pakaian juga hiasan diri ..
jaga aurat dimana kita ada..
tak kira masa.. berat azab Nya tanpa di jaga
dari awal bayi aurat dah pelihara.
nilai diri amat di senangi..
tiada terjadi sumbang mahram lagi
anak anak harus berdikari..
jangan di panggil Tuan dari kecil lagi..
segala nya biar dia berdikari
takut nanti ibuayah jadi koli..
di buli anak sendiri kerana asuhan tiada berbudi..anak tak menjadi
pintu bilik kena di perhati..
anak anak jangan ikut suka hati buka pintu bilik kita tanpa disedari
ketuk dulu...kena ajar ilmu pintu...
jangan anak terkeliru..
kerana kita briadah di kamar peribadi
anak anak tak di bagi tahu...
didik lah mereka jadi anak anak soleh juga solahah jadi mulia
di dunia kita jadi keluarga bahagia..
di akhirat insyaallah menjadi kekasih Allah hendaknya...

Chey....My.
101111.