Wednesday 9 November 2011

SENDIRI LAGI (Dedikasi untuk Selendang Hitam)

Dalam bersendirian
tiada lagi airmata yang menitis
lantaran kering menangisi pemergianmu sebelum ini
dari hati dan kehidupanku.

Tiada guna lagi kutangisi
impian yang tidak menyata
harapan yang tidak tertunai
kerana
kau tiada lagi ada di sini
menemani malam dan siangku.

Tidak akan aku cantumkan lagi
retak-retak nukilan hampa
biarkan saja di situ
menyatu menjadi alam
kerana
bukan takdirnya kita saling memiliki selamanya.

-Rusie Na -