Saturday 12 November 2011

~SENANDUNG ORANG TUA~

Dahulu

"Biarkanlah mereka bermain..
...kerana mereka masih lagi kecil
kita lihatlah keletah mereka..
...nakal dan menghiburkan"

Semalam

"Biarkanlah mereka bertemasha..
...kerana mereka berhak merasa
kita lihat sahaja mereka..
...agar tidak tersandung kakinya"

Hari ini

"Biarkanlah mereka bergelak ketawa..
...kerana mereka masih perlu riang gembira
kita lihat sahaja mereka dari jauh..
...kerana mereka berhak untuk menjalani hidup dengan bahagia"

Sekarang

"Orang-orang tua duduk diam jauh-jauh..
...lihatkan sahaja
jangan di idam pucuk muda..
...kerana mereka masih muda remaja
jangan dihalang jangan ditegah..
...inikan pula hendak dibawa bercinta"

Suluhlah muka cerminlah wajah.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI,NEGERI SEMBILAN.