Wednesday 9 November 2011

Salahkah

Salahkah sekiranya kita sekadar berteman bicara
Dalam ukiran puisi unik yang pelbagai
Terkadang dramatik, terkadang bersahaja
Silap tafsirankah sekiranya hati terdetik suka
Kerana terpikat mesranya bahasa
Indahnya kata-kata menusuk ke jiwa
Bukankah kita telah pasti
Tidak mungkin kita bercinta kasih

Tiada siapa yang peduli
Temanmu juga masih tidak mengerti
Kita serasi kerana keadaban peradaban kita
Sekiranya salah, ampun dipinta
Berjanji berubah mengelak gundah

Akhirnya kita begini juga
Hanya memandang dan membaca
Puisi cinta, puisi jiwa
Tiada lagi menyokong sesiapa
Ya, hatiku masih jauh di hujung sana

Hai..entahlah
Kau masih tetap di hatiku
Aku mengagumimu kerana puisi-puisimu
Kerana kesopananmu dan keserasian kita
Bukan kerana aku jatuh cinta
Pada pemilik taksub dewa durjana
Percayalah!