Saturday 12 November 2011

Puisi Kita Yayang (2)

Kubasahi puisi ini dengan linangan airmata
Mengapa hati durjana tidak mahu menyerah
Sanggup terkurung dalam penjara besi
Yang tidak berpintu

Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Dirimu sering kuterbayang-bayang
Namun dikau pergi takkan kembali...

Ingin kusidai segala keresahan hati ini
Pada ampaian besi ketabahan
Mengapa penyepit cepat patah
Ibarat hatiku yang sering gundah
Lemah...

Walau kukucup cinta, kuusap rindu
Kubelai kasih jiwa padamu
Tidak akan pernah pudar
Pasti berkilauan
Ini bukan janjiku
Kerana kesetiaan telah dipatri
Jangan ragu wahai sayangku...

Kini, tiada lagi bintang dapat kupetik
Apatah lagi disinari cahayanya
Hanya disimbah cahaya mentari terik, menggigit
Sekali lagi bah oleh lebatnya hujan
Aku?

Berselang seli perasaanku ini
Seperti teka silang kata 
Atau scrabble menguji minda
Sekejap tenang
Sekejap merintih
Hati kuatlah ok!

FF: 13.11.2011 - 1.06 pagi