Thursday 17 November 2011

~MAAFKAN KESILAPAN AKU~

Tiada apa yang mampu aku ucapkan lagi
selain meminta maaf diatas apa yang telah terjadi
kerana sesungguhnya..
...aku lah insan yang paling malang dimuka bumi
dan akulah mahluk Allah yang paling bodoh sekali

Tinggalkanlah aku..
...seandainya itu yang kamu mahu
dan itulah yang terbaik untukmu
kerana nasibku yang malang akan sentiasa menyesakkan dirimu
serta melemaskan hidupmu

Ya,aku akui..
...kebenaran dari kata-katamu
yang aku selalu menyusahkan dirimu
dan aku selalu meletihkan dirimu
dengan perangai burukku
yang selalu berburuk sangka kepadamu

Kata-kata yang engkau lemparkan kepadaku..
...sungguh merdu sekali di tatapan mataku
bertali arus tanpa ada sedikitpun rasa simpatimu
membuat aku terkedu..
...terkedu dan tersedu menatap lemparan kata amarahmu

Tapi..
Berburuk sangka kah aku?
andainya dengan kata-kata puisimu itu..
...aku anggap menujukan kepadaku
dan aku sanggup berundur hanya kerana dirimu
hanya kerana tidak mahu engkau tersiksa jiwa dan ragamu
andai kau terus bersama dengan aku

Aku akui lagi disini
itulah kesilapan aku..
...itulah kebodohan aku
membuat rumusan aku sendiri tanpa bertanya kepadamu
dan jika kerana itu..
...engkau masih mahu meninggalkan aku
tanpa memaafkan kesalahanku
silakanlah..
...silakanlah kau meninggalkan aku
yang bodoh dan dungu dimatamu
dan selamat jalan ku ucapkan kepadamu
dan janganlah kau menoleh lagi kepadaku
seorang yang bodoh lagi dungu.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI,NEGERI SEMBILAN.